TOPIK 1 : KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud :
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama
orang.
2. Jenis: Terbahagi kepada
3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang
diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c. Masyarakat Istana / Bangsawan
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama
diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
|
Penggunaannya
|
aku (tunggal)
|
Digunakan apabila
bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
|
saya (tunggal)
|
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang
yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
|
hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk
membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
|
patik (tunggal)
|
Digunakan oleh rakyat
apabila bercakap dengan raja atau sultan.
|
beta (tunggal)
|
Digunakan oleh raja
atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
|
kami (tunggal)
|
Digunakan pada diri
orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
|
kita (tunggal)
|
Digunakan pada diri
sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.
|
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama
diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
|
Penggunaannya
|
anda (tunggal dan jamak))
|
Digunakan untuk
diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
|
awak (tunggal)
|
Digunakan untuk
diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
engkau (tunggal)
|
Digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
|
Tuan hamba (tunggal)
|
Digunakan untuk diri
orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’
mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
|
tuanku (tunggal)
|
Digunakan apabila
bercakap dengan raja atau sultan.
|
kalian (tunggal)
|
Digunakan untuk
beberapa orang yang diajak bercakap.
|
kamu (tunggal dan jamak)
|
Digunakan untuk diri
orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
|
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama
diri orang yang diceritakan halnya (orang
yang diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
|
Penggunaannya
|
baginda (tunggal)
|
Digunakan untuk
putera-puteri raja, raja atau sultan.
|
beliau (tunggal)
|
Digunakan untuk orang
yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
|
Dia dan ia (tunggal)
|
Digunakan untuk orang
yang umum seperti orang biasa dan rakan.
|
mereka (tunggal)
|
Digunakan untuk orang
yang bilangannya lebih daripada seorang.
|
6. Bentuk kesilapan:
SALAH
|
BETUL
|
“Kami tidak
harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
|
“Kita tidak
harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
|
Kereta itu sungguh
mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
|
Kereta itu sungguh
mahal kerana diimport dari Jepun.
|
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
|
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes
penipuan.
|
“Hamba mohon
maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan
Mansor Syah.
|
“Patik mohon
maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan
Mansor Syah.
|
Kakitangan syarikat ini
sedia menolong engkau.
|
Kakitangan syarikat ini
sedia menolong anda.
|
Saya ingin berjumpa
dengan ia.
|
Saya ingin berjumpa
dengannya.
|
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
|
Mereka sedang bermain bola di padang.
|
7. Ringkasan:
Kata Ganti Nama Diri
|
Tunggal
|
Bilangan Banyak /
Jamak
|
Diri Pertama (penutur)
|
aku
saya
patik
hamba
|
kami kita
|
Diri Kedua (pendengar)
|
awak
kamu
engkau
encik cik
saudara
saudari tuan
puan anda
tuanku tuan hamba
|
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua kalian
|
Diri Ketiga (orang yang
diceritakan halnya)
|
Dia
Ia
Beliau
Baginda
|
mereka
|
No comments:
Post a Comment