Monday, July 20, 2009

RTM - Muzik Aktif Memberi Peluang Kepada Artis-Artis Tempatan Sabah

Saya sangat berterima kasih kepada pihak RTM kerana telah memberi ruang kepada artis-artis tempatan Sabah untuk menyertai program muzik aktif saluran 180. Penggambaran bermula pada 1 julai 2009. Seramai 12 orang krew dari Kuala Lumpur datang ke Sabah untuk membuat penggambaran MTV artis-artis tempatan Sabah. Saya merupakan salah seorang penyelaras bagi program ini membantu pihak RTM untuk mencari artis-artis tempatan dari pelbagai suku kaum di negeri Sabah ini. Kesemua artis tempatan Sabah menyanyikan lagu tempatan dari pelbagai etnik bahasa di negeri Sabah. Saya juga terlibat secara langsung dalam program ini diberi peluang untuk menyanyi 4 buah lagu. (2 lagu bahasa tatana dan 2 lagu dalam bahasa dusun). Sekali lagi saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada artis-artis tempatan semoga perjuangan kita sebagai artis-artis di negeri Sabah ini tidak berhenti di sini. Kita teruskan berjuang untuk memartabatkan seni dan budaya kita khasnya di negeri Sabah ini.

Shooting MTV untuk siaran muzik aktif RTM saluran 180

Sebelum penggambaran kena touch up dulu tu muka.

Friday, May 22, 2009

Sunday, May 3, 2009

Konsert Nostalgia John Gaisah Di Kuala Penyu











Mini Konsert Nostalgia Mandiang John Gaisah yang diadakan di Kg. Bundu sempena pesta kamatan peringkat Daerah Kuala Penyu mendapat sambutan yang hangat oleh penduduk di sekitar darah Kuala Penyu. Antara artis tempatan yang menjayakan konsert tersebut ialah Benedick Oliver Lidadun, Guadik Ansew, Landre Asisng, Judin Tungullon, Narsisius, Richard Daniel, LP Rapheal Pinus, Leornard Ingging dan Monih Epin.

Friday, January 2, 2009

KL

Dalam Monorail bersama ABGSMS.