Thursday, December 25, 2008

Suria FM

Bersama dengan DJ Othoe di suria fm

Jalan-jalan kat KL bersama Simon


Sempat juga saya sama Simon bertemu sambil berurusan bisnes dengan pengurus Audio Express Pn Chan Pui Lan.Sebelum ini hanya berurusan melalui telepon saja.

Sunday, December 7, 2008

Anugerah PERTISA 2008

En.Narsisius J Misin sedang menyampaikan hadiah kemenangan kepada Ivy Alexandra yang memenangi kategori Artis Paling Popular 2008.

Sunday, October 19, 2008

Imbasan kembali cerita lama


Minat saya dalam seni hiburan tempatan ini bermula ketika saya berusia 13 tahun. Ketika itu saya mengikuti mama saya ke pulau Labuan. Saya meminta emak saya membelikan saya sebuah gitar kapuk hanya berharga RM15.00 sahaja ketika itu. Ketika itulah saya mula memetik gitar. Ketika masih belajar dalam Tingkatan 3, saya telah diambil bermain gitar dalam kumpulan Band kampung-kampung saja. Di situ saya beroleh banyak pengalaman dan membangkitkan semangat saya untuk menyanyi dan mencipta lagu. Pada masa itu sehinggalah sekarang ini saya amat meminati penyanyi-penyanyi tempatan seperti Mandiang John Gaisah, Justin Lusah, Billy Gantong, Ambrose Mudi dan banyak lagi. Walaupun pada masa itu aktiviti bermain muzik dan menyanyi ini hanya hiburan pada masa lapang, namum dalam hati kecil ini ada juga impian untuk merakamkan album konon-kononnya..eheheee..itulah perkara sebenarnya yang tergambar dalam fikiran saya ketika itu. Kegiatan seni saya tidak berhenti di bangku sekolah saja, pada masa saya belajar di Pulau pinang, saya berpeluang untuk mempelajari teknik vokal secara tidak formal daripada seorang penyanyi classical berbangsa portugis yang cacat penglihatan (orang buta), sedikit sebanyak telah memberi saya ilmu dan pengalaman cara-cara menyanyi dengan betul. Pada tahun 1987 saya telah mengikuti pertandingan sugandoi di daerah Kuala Penyu dan menjadi juara pada ketika itu. Pada tahun 1988 pula saya telah mewakili Winner Hotel dalam Pertandingan Bintang Hotel Peringkat Negeri Sabah dan berjaya menjadi juara. Pada masa itu saya mempunyai keyakinan dan kepercayaan kepada diri saya sendiri bahawa saya berbakat dalam bidang seni hiburan tempatan. Saya telah mendapat jemputan dari RTM Sabah untuk menyanyi dalam beberapa aktiviti seperti Mari Ke Pesta, Konsert Hari Raya dan sebagainya. Setelah mendapat pekerjaan tetap bertugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah Stella Maris, saya berpeluang mendidik anak penyanyi mandiang John Gaisah iaitu Edit dan Esther John Gaisah. Ketika itu saya juga berkesempatan menyanyi dengan Edit John Gaisah sebelum dia menghabiskan sesi persekolahannya. Kesibukan tugas harian sedikit sebanyak membuatkan saya mula menyepi dan kurang berkiat dalam bidang hiburan hampir 13 tahun. Pada tahun 2004 saya mula mengumpul koleksi lagu dan mencipta lagu dalam bahasa dusun. saya telah mengenali saudara James Sami, Ateng dan Jovita pada masa itu dan ternyata kami mempunyai minat yang sama. Kepakaran dan bakat semulajadi yang ada pada saudara James sami dan Ateng, kami berusaha untuk menubuhkan syarikat rakaman dan merakamkan album dalam bentuk kompilasi "Variasi 2005". Daripada situlah bermulanya semangat dan kesungguhan saya untuk terus bergiat dalam bidang seni hiburan tempatan dan sehingga saya berjaya merakamkan album solo saya dalam bentuk kaset dan MTV Karaoke pada tahun 2007. Saya telah mendaftar sebagai ahli PERTISA pada tahun 2006 dan bergiat aktif sampai sekarang ini. Saya telah banyak mengenali artis-artis tempatan di negeri Sabah ini melalui penglibatah saya dalam bidang seni hiburan tempatan ini. Dari situ juga saya telah mengenali En. Simon Bukag, pengurus Simusic Studio (SMS) dan sekarang ini bersama-sama mengurus dan menerbit album artis-artis Simusic Studio.Pengalaman bekerja sebagai penerbit dan pengurus pemasaran album artis-artis Simusic dan TJC Talent Studio sangat menyeronokkan dan dapat memberi peluang kepada diri saya untuk menyumbang serba sedikit ke arah perkembangan industri hiburan tempatan khasnya di negeri Sabah ini.

Sunday, September 14, 2008

Jordyn Callista & John Francis


John Francis @ Yanchi

Ni lah John Francis atau nama panggilan Yanchi..baru 3 tahun ni dah mahir main games dalam komputer.

Tuesday, August 5, 2008

MAJLIS ANUGERAH KARYAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH

En. Nars menerima sijil penghargaan Karyawan dari Perputakaan Negeri Sabah Sempena Kempen Membaca Bahasa Kadazandusun peringkat Negeri Sabah di Kuala Penyu pada 5 Ogos 2008.

Menerima Sijil Anugerah Karyawan- peringkat Negeri Sabah

En. Nars sedang menyampaikan karya beliau kepada Y.B Dato' Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal pengguna.

MAJLIS ANUGERAH KARYAWAN PERINGKAT NEGERI SABAH ANJURAN PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH

Beberapa orang anak jati dari daerah Kuala Penyu menerima sijil penghargaan dari Perpustakaan Negeri Sabah atas sumbangan karya-karya mereka dalam bidang seni hiburan tempatan dan dalam bidang penulisan novel. En. Narsisius Justin Misin, En. Landree Asing, En .Guadik Ansiw (diwakili oleh kakaknya), dan En. Benedick Oliver Lidadun menyumbang karya dalam karya seni suara, penciptaan lagu dan lirik, sementara Pn. Angela Engkuan menyumbang dalam karya penulisan novel.

Friday, April 25, 2008

JORDYN CALLISTA DAN JOHN FRANCIS

ANAK-ANAKKU YANG TERCINTA.SIHAT-SIHAT BELAKA...MAU TAHU APA RAHSIANYA....???MEREKA NI DAH PANDAI MENYANYI LAGU DUSUN...

BERSAMA NONI DI SM.STELLA MARIS.







Thursday, April 24, 2008

Makan di KFC Tg. Aru.

Ha...apa lagi cikgu Nars kena belanja Noni bersama rakan-rakan makan KFC di kedai T. Aru.

Noni bersama guru-guru SM.Stella Maris

Noni sempat bergambar dengan cikgu Abdul Wajil, cikgu Bernie G dan cikgu Nars.

Bertemu Guru Kesayangan

Noni berpelukan dengan Cikgu Hemy.....agaknya rindu juga dia dengan cikgunya..

Noni buat persembahan dua lagu

'Janji telah dikota' Noni akhirnya muncul di SM.Stella Maris Tg.Aru bekas sekolahnya dua tahun yang lalu.Beliau turut memeriahkan lagi Hari Penutupan Minggu Kokurikulum di SM.Stella Maris pada 24 Apri. 2008. Noni sangat mesra dengan pelajar-pelajar dan juga bekas guru-gurunya.

Saturday, April 5, 2008

IDOLA BANDARAYA 2008

Info Terkini

Semua Ahli PERTISA dan Orang Ramai Dijemput Hadir Ke BED The Waterfront Untuk Menyaksikan Pertandingan Akhir IDOLA BANDARAYA 2008.

Tarikh: 06 April 2008 (Ahad)
Masa: 7.30 pm
Tempat: BED Waterfront
Pengerusi penganjur: En. Benedick Oliver Lidadun

*************Masuk Adalah Percuma ********

Sila Hubungi: En. Benedick Oliver Lidadun - 0198620357.

Tuesday, April 1, 2008

Ahli-Ahli PERTISA Yang Hadir Dalam Mesyuarat Agung PERTISA 2008


SENARAI AJK PERTISA 2008
PENASIHAT 1: EN. PHILIP LASIMBANG
PENASIHAT 2: DRs MONIH EPIN
PENGERUSI : DATUK JOSEPH P. GUNTABID
T/PENGERUSI: BARITUS GUNGKIT @ EVERITUS
T/PENGERUSI 1 : LEANORD INGGING
T/PENGERUSI 2 : PN. MARTA GINUN
T/PENGERUSI 3 : CIK JULIAH HJ. AMILASAN
T/PENGERUSI 4 : BENEDICK OLIVER LIDADUN
SETIAUSAHA : EN. GILBERT GANDUNGAN
P/SETIAUSAHA: FELIX DON
BENDAHARI: EN. EDWARD KATING
AJK KECIL:
- LP RAPHEAL PINUS
- JULIUS GUDUK
- NARSISIUS JUSTIN MISIN
- SIMON BUKAG
- MARK M

Mesyuarat Agung PERTISA 2008







Wednesday, February 27, 2008

Aktiviti rasmi di sekolah


Cikgu Nars sedang menunjuk cara-cara membuat lakaran dengan betul kepada pelajar Tingkatan Lima.

My loving children


Ha..kecil-kecil dah pandai posing..Nak jadi artis kot....

Tuesday, February 26, 2008

My Family

Jordyn Callista celebrating her birthday 5yrs on the 11 Jan 2008.
John Francis 2yrs..
Happy Birthday Jordyn Callista..

Saturday, January 19, 2008

Aktiviti di luar tugas

Segak Bergaya disukai ramai..hehe, aku nak jadi guru mithali...!!!!!
Jalan jalan cari makan bersama Edward C.K.Sea, Boss Skyline ni..!!!!

Aku termenung bukan apa, aku syok tingok gelagat penari veteren menari Poco-poco...!!!

Monday, January 14, 2008

Bersama Rey, Pesta bambu di Tamparuli

Ketika membuat persembahan di Tamparuli, Bersempena Pesta Bambu

Kenangan bersama Rey dan Produksi Simusic Studio dan TJC Talen Studio

Sunday, January 13, 2008

Saturday, January 12, 2008

di Kundasang


Bila masa yang dorang ambil gambar ni ha..? aku nda da terikut lah itu time... Syok lah korang..!

album pertama


album kebangaan ku walaupun tak
berapa baik..hehehe!!!