Selamat Hari Guru
https://www.youtube.com/watch?v=Wx_mHzVvr1k
Friday, May 15, 2020
Cerpen: Munsyi
KOMSAS TINGKATAN 4 - CERPEN MUNSYI
CERPEN KOMSAS: MUNSYI
A. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan
‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah
di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa,
musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di
mana-mana.
B. TEMA
Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya
yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar
memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
C. PERSOALAN
1. Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk
membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk
berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang
lain.
2. Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan
rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan
sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil
hingga menimbulkan
rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk
meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang
berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
4. Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak
membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih
belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke
bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada
remaja di bandar.
D. PLOT
1. Permulaan
Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan
oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh
arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.
2. Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada ‘saya tentang system
pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.
Setelah Negara merdeka, perpecahan tersebut
mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
, bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku
simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
Setelah bonda yakin dengan kemantapan diri ‘saya’
baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota untuk membaiki taraf hidup
saya. ‘Saya ‘ dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat
lama bonda iaitu Munsyi.
Di Bandar ,’saya’ dapati anak-anak muda telah hanyut
oleh keseronokan hidup dan melupakan nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
‘Saya’ mendengar berita kampung tradisi yang didiami
oleh Munsyi akan didirikan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima
bintang.
3. Klimaks
Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati
jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian
bonda juga turut musnah dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.
4. Peleraian
Berhari-hari aku mencari Munsyi tetapi tidak
berjumpa.
E. TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah yang
bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali - Saya teringat cerita bonda
tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka - Di kota nanti carilah seorang
sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian - Salam saya akhirnya dijawab oleh
seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih menutupi sebahagian muka yang
putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu
bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan melayu. Di
jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
5. Kejutan - Saya mendengar khabar bahawa
syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri yang didiami oleh Munsyi
dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
6. Saspens - Aku mencari Munsyi tetapi tidak
berjumpa.
F. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
‘Saya’
1. Seorang yang taat. Cth - ‘Saya’ tidak
membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
2. Seorang yang amanah. Cth - ‘Saya’
menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada
Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
3. Seorang yang gemar membaca. Cth - ‘Saya’
telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak
buku lama milik ibunya.
4. Seorang yang tidak mudah putus asa. Cth
- ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia
untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
Watak sampingan
Bonda ‘saya’
1. Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit
tanah air.
2. Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama,
bahasa ibunda dan negara.
3. Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati
anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.
Munsyi
1. Kawan lama bonda.
2. Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan
keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
3. Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke
rumahnya.
F. LATAR
Latar masa
1. Zaman pemerintahan penjajah - Penjajah telah
memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.
2. Zaman selepas merdeka - Rakyat sibuk
mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas
dijajah.
Latar tempat
1. Di kampung - Pada mulanya, bonda tidak
membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota
2. Di kota - ‘Saya’ berhijrah ke kota untuk
membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
- Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampong - ‘Saya’ dan bonda
tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja yang tinggal di Bandar
- ‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya
telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan
bantahan - Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk
menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak
berkuasa.
4. Masyarakat yang cekal dan berani - Anak-anak
bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar
pelabuhan yang terkenal.
G. GAYA BAHASA
1. Kata ganda - Zaman- berzaman
2. Metafora - Pagar-pagar perkauman, pohon
kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa - Bahasa jiwa bangsa
4. Simile - Pakaiannya lengkap dengan tengkolok
dan baju melayu bersamping bagaikan seorang maharaja di zaman kesultanan
Melayu.
5. Hiperbola - Namun kerana hasad dengki,
khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela, kegemilangan yang dibina
musnah sekelip mata.
H. NILAI
1. Patriotik - Bonda menasihati ‘saya’ agar
sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan - ‘Saya’ tidak membantah ketika
ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan - Anak-anak bangsa pada zaman
dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang
terkenal.
4. Amanah - ‘Saya’ menyampaikan amanah
bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke
bandar.
I. PENGAJARAN.
1. Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan
ayah dan ibu - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah
ke bandar
2. Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu
pekerjaan - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka
hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan
pengetahuan - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Kita tidak boleh mudah putus asa apabila menemui
kegagalan - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih
bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh
ibunya.
Sajak: Aku Membaca Lagi
Ulasan
KOMSAS TINGKATAN 4 - SAJAK AKU MEMBACA LAGI
AKU MEMBACA LAGI
A. TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
B. MAKSUD SETIAP PERENGGAN
Rangkap pertama
Rangkap pertama
Penyajak
memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh
kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
Rangkap
kedua
Penyajak
menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang
berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.
Rangkap
ketiga
Penyajak
mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin
makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu
yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran
negara tidak dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu.
Rangkap
keempat
Para
pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa
Melayu yang tidak dimartabatkan.
Rangkap
kelima
Penyajak
meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan
terus dipinggirkan oleh semua pihak.
C. PERSOALAN
1. Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
Contoh
: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
2. Kedaulatan bahasa
Melayu yang kian hilang
Contoh
: Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan
bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
3. Kesedihan pejuang
bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
Contoh
: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib
bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
D. BENTUK SAJAK
-Terdiri daripada lima rangkap
-Terdiri daripada lima rangkap
-Terdiri
daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
-Terdiri
daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
-Terdiri
daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
-Rima
akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
-Rangkap
pertama : abcde
-Rangkap
kedua : abcd
-Rangkap
ketiga : abcdefg
-Rangkap
keempat : abcd
-Rangkap
kelima : abcd
E. GAYA BAHASA
1. sinkof
1. sinkof
Contoh
:
- Ku selusuri
alam
-
menekuni kebesaran-Mu
-
mewarnai kehidupan umat-Mu
-
di lantai tanah airku yang makmur
- kutemui
-
membasahi Bahasa Melayuku
2. personifikasi
Contoh
:
desiran
ombak dan wajah pelangi
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapiluka nasib bangsa
menetes air mata langit
membasahi Bahasa
Melayuku yang berdarah
3. repitisi
Contoh
:
helai
demi helai
4. kata ganda
Contoh
:
pohon-pohonkian rapuh
daun-daunberguguran
F, NILAI
1. Nilai kesyukuran
Contoh
: Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
2. Nilai cinta akan bahasa
Contoh
: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib
bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3. Nilai cinta akan alam sekitar
Contoh
: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
G. PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
Contoh
: Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang
diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang
berhembus dan banjaran gunung.
2. Kita mestilah cinta akan bahasa.
Contoh
: Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib
bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
3. Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
Contoh
: Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Ulasan
Tema
Persoalan
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Komsas:
Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul.
Tarikh: ` 30
April 2020 [ Khamis]
Tingkatan: 4A
Nota BPK: Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Mengisahkan ‘Aku’ melancong ke negara Turki sambil mencari
cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia. Pelbagai barangan yang tersenarai
untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya
tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. Sejumlah
wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian cenderamata tersebut
serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga telah dinasihatkan oleh
pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja
di Istanbul. ‘Aku’ serta rakan-rakannya berasa sukar untuk menawar harga
barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan harga
barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, ‘Aku’
terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. ‘Aku’
mengimbas akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada
sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik
matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan
kulit itu namun ‘Aku’ tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan
harganya.
Hajah Normah dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna
kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang
murah berbanding kedai-kedai lain. ‘Aku’ tiada pilihan mengikut rakan-rakannya
masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan
sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai
jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa
dingin. ‘Aku’ dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus
asa memujuk ‘Aku’ agar membeli jaket kulit kijang. Namun, ‘Aku’ masih belum
berniat Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi
kerana secawan teh epal, ‘Aku’ cuba mengenakan jaket kulit tersebut. ‘Aku’
tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang
banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah
membayar harga jaket pilihan mereka. ‘Aku’ dengan kata-kata berbudi bahasa
mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar
masam dan marah dengan tindakan ‘Aku’ dan mengeluarkan kata-kata kesat.
Perjalanan melawat Egyptian Market, ‘Aku’
didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan
Black market. Melewati rakan ‘Aku’, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa
bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan
menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat
Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit
berwarna hitam di lengan Aku. Rakan ‘Aku’, Shahmeem menunjukkan minat dan
membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai.
Shahmeem menjual pula kepada ‘Aku’ dengan harga AS$100. ‘Aku’ terpaku namun
dapat menggembirakan hati Shahmeem. ‘Aku’ juga menggambarkan tidak praktikalnya
jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia.
Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan
lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali ‘Aku’
terlihat lebih daripada seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai
jaket kulit.
Akhirnya, ‘Aku’ berhasrat untuk menggembirakan
orang lain. Aku akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan
kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah
terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan
kemodenan.
Tema
Cerpen ini bertemakan pengalaman seorang pelancong yang terjerat
dengan pembelian jaket kulit kijang secara tidak sengaja lalu akhirnya membawa
kesedaran dan penyesalan terhadap pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi
kelangsungan kehidupan moden
Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini,
antaranya:
i. Persoalan perasaan kasih dan sayang terhadap
kehidupan haiwan-haiwan eksotik
Contoh: Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang terpaksa
menjadi korban kerana kulitnya dijadikan bahan komersial.
ii. Persoalan sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa
mengira bangsa, agama dan negara
Contoh: ‘Aku’ melahirkan kata-kata yang cukup berbahasa kerana
tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki itu.
iii. Persoalan kewajaran memberikan layanan serta ramah
mesra terhadap pelanggan atau pelancong
Contoh: Pekedai Turki telah memberikan layanan yang mesra kepada
pelanggannya dengan memberikan Turki
v. Persoalan kebijaksanaan dalam menguruskan
perbelanjaan kewangan yang baik
Contoh: ‘Aku’ telah membuat senarai nama barangan dan
cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke Malaysia
iv. Persoalan kebijaksanaan sikap puji memuji dalam kalangan
masyarakat
Contoh: Masyarakat Turki memang pandai serta memberikan
minuman percuma kepada pelanggannya.memuji pelanggannya demi melariskan
jualan.
Komsas: Sajak: Gelanggang
Ulasan Sajak Gelanggang
Sajak Gelanggang
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.
Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini
agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

MAKSUD SAJAK GELANGGANG
Rangkap pertama
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.
Rangkap kedua
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.
Rangkap ketiga
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.
Rangkap keempat
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.
Rangkap kelima
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.
PERSOALAN
1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
BENTUK SAJAK
1. Terdiri daripada lima rangkap
2. Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
3. Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
4. Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
5. Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abccd
Rangkap kedua : abcdefgh
Rangkap ketiga : abcadef
Rangkap keempat : ab
Rangkap kelima : abcde
GAYA BAHASA
1. anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2. hiperbola
Contoh :
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
3. inversi
Contoh :
jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hati
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
4. personifikasi
Contoh :
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
5. kata ganda
Contoh :
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh
NILAI
1. Nilai keberanian
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
2. Nilai perpaduan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3. Nilai tanggungjawab
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah bersatu padu
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
2. Kita mestilah berani bertindak
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

1. Nyatakan
dua cara untuk mengekalkan perpaduan seperti yang dinyatakan dalam sajak
ini. [2 markah].
2. Pada
pendapat anda, apakah factor yang menyebabkan sesebuah Negara dijajah? [ 3 markah]
3. Jelaskan
dua persoalan yang terdapat dalam sajak ini.
[ 4 markah]
Komsas: Novel Di sebalik Dinara
Kupasan Novel Di Sebalik Dinara, Tingkatan 4
Berikut adalah Sinopsis, kupasan dan ulasan ikut Bab Novel Di
Sebalik Dinara. Novel Di Sebalik Dinara telah dipilih sebagai novel Komsas bagi
Tingkatan 4
TEMA - Novel Di Sebalik Dinara
- Persaingan dalam dunia sains -
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan
teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan
dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan
akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang
dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA IKUT BAB
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 1
Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 2
Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya menghadiri sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot. Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja. Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 3
Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram. Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 4
Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga. Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida, sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan yang diatur untuk Farisha dan Shida.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 5
Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 6
Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan. Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 7
Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya. Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina. Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 8
Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan. Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi ingin tahu sama ada Farisha mengandung.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 9
Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah. Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa Shida akan menggantikan tempat Farisha.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 10
Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi. Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap, makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang ketakutan.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 11
Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha. Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida. Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 12
Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina. Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin. Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin. Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.
Novel Di Sebalik Dinara - BAB 13
Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara. Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai. Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti Alia.

Novel Di Sebalik Dinara - BAB 14
Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.
Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram sangat yakin itu ialah Karl

1. Kecanggihan teknologi pada
masa hadapan
- Kelengkapan serba canggih di
tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab,
Cyberjaya.
- Rumah Farisha juga dilengkapkan
alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah
golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan
nilai kemanusiaan.
- Karl terlalu taksub untuk
membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek
kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka
sebagai bahan kajian.
- Karl menanam pelbagai implan
dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya
genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3. Kasih sayang sesama ahli
keluarga
- Azraai sangat menyayangi adik
angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam
keadaan yang terbaik.
- Azraai telah memasang dan
memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah
memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk
memantau dan memastikan keselamatannya.
4. Kepincangan keluarga yang
berlaku dalam kalangan masyarakat.
- Karl tidak menjalankan
tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya,
Rusmina untuk meninggalkan agama.
- Rusmina telah diseksa hingga
cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup
sebagai ateis.
5. Kasih sayang seorang ibu
kepada anaknya.
- Marilyn@Medina sangat sayang
akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan
penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya
dan diberikan kepada keluarga
Watak dan perwatakan
Farisha
- watak utama dalam novel Di
Sebalik Dinara
- berusia dalam lingkungan umur
26 tahun
- seorang gadis yang genius dan
pakar dalam penggodaman IT
- Seorang adik yang penyayang
- Anak kandung kepada
Medina@Marilyn dan Karl
- Berhati-hati dalam membuat
keputusan
- Seorang yang amat mementingkan
kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda
akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan
yang diciptanya sendiri.
Shida
- Kawan serumah dengan Farisha
- Rajin membaca
- Berkelulusan dalam bidang
undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
- Ditawarkan untuk menulis
rencana dan biografi Dinara
- Menjadi pengganti Farisha untuk
berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
- Abang angkat Farisha
- Sangat mengambil berat dan
sayang akan adik angkatnya, Farisha
- Menjadi tempat rujukan Farisha
untuk membuat keputusan
- Merahsiakan penyakit yang
sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
- Menghidapi penyakit jantung
Rosman
- Rakan kongsi Farisha
- Bersikap materialistik dan
mementingkan wang
- Mengambil berat masalah Farisha
Aqram
- Lelaki yang ditemui oleh
Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
- Seorang yang tampan, kemas dan
sangat sempurna penampilannya.
- Pekerja di Soft Lab. Cyborg
ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama Akeem.
Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
- Seorang pekerja senior di Soft
Lab
- Perawakan wajah yang cantik
- Cyborg pertama ciptaan Karl
yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina. Mempunyai
perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
- Sangat menyayangi Karl.
- Kurang sabar dan cemburu.
Karl
- Seorang saintis hebat yang
mencipta pelbagai teknologi
- Saling bersaing kehebatan dalam
bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
- Bermusuh dengan Marilyn@Medina
kerana persaingan dunia sains
- Bapa kandung Farisha
- Menghidapi kanser usus tahap 4
dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
- Wanita keturunan Portugal
- Cantik, putih dan berambut
keriting
- Bijak dan hebat dalam bidang
sains
- Banyak membantu dalam
kerja-kerja penyelidikan Karl
- Berdendam dengan Karl kerana
persaingan dunia sains
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha bersyukur kerana
dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam. Dia tidak dapat
membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl
2. Kasih sayang
Hubungan kasih sayang
antara dua beradik yang cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai
sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang
‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha seorang gadis yang
sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem komputer
dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah
dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina gigih
meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila. Dia
juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang pernah
dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada
ketua
Aqram dan Khairul Anwar
sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap
dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha
untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman dan Farisha
saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu Secured
Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab.
Aqram, Dr Maxi, Khairul
Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan menyelesaikan
masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah
menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun Azraai tahu
Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu.
Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia juga memasanga
alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu menjadi tempat rujukan
adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah
memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl dan Marilyn saling
bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir mengorbankan zuriat sendiri.
Anak yang masih kecil telah ditanam dengan pelbagai implan dan ubat untuk
menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl turut mengorbankan
manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk menghasilkan cyborg
ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan 2 orang manusia yang
disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah
berfikir sebelum membuat keputusan.
Farisha tidak
tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini bernilai
tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih berpengalaman
iaitu Azraai.
4. Kita haruslah
menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita yang ditemui oleh
Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap di telefon dengan
suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah
menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr Maxi berusaha untuk
menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari Farisha sehingga
berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha sampai di pintu
apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan mengimbas kad
pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada waktu malam juga
Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu itu jugalah
Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit
abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Pada waktu malam juga,
Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya Secured Shell untuk
meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.
Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
Karl meninggal dunia
pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam projek Dinara ada di
rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha gelisah menunggu
kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka berjanji untuk
bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam menunjukkan
angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada waktu pagi hari
yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di Hotel
Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua.
Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa Shida dan
Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida bertemu
dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada
Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang
pelik pada wajah Alia.
3. Petang
Pukul 4.30 petang, Shida
bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tiba-tiba pengsan di
tempat kerja.
Pada waktu petang juga,
Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada ubat
yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida terjumpa fal yang
mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat bersalah kerana
mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada waktu petang juga
Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha mendapat rawatan.
Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan
projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh
banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada
hari esok.
Pada waktu petang juga 2
orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup masuk ke dalam wad
Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang peranti di pelipis
kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di
Soft Lab
Farisha ditunjukkan
bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab. Di situ
juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya.
Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan
sebagai ‘touch screen’.
Di bilik ini juga,
berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis yang hebat bernama
Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang dikendalikan oleh Aqram,
Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia dengan Dr Maxi juga berlaku
di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha menunggu
penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap manusia
yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu
orang lain.
Monorel – Stesen kereta
api ke Puchong
Dalam perjalanan untuk
ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui seorang makcik dan OKU
wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan mereka sebagai
pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.
Rumah agam Karl di
Puchong
Di sini Farisha dan
Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi membincangkan projek mini Soft
Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan kos projek mini tersebut.
Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha dan Rosman turut
dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan Soft Lab. Dia
terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di rumahnya sahaja yang
dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha mengunjungi
abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima khabar yang
sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit
abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang
mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
Azraai dan Farisha
saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan memasang
iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang
mementingkan diri sendiri.
Wanita di lapangan
terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak pedulikan
orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.
3. Masyarakat yang suka
bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina dan Karl
saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia
penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih
hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang celik
ICT
Farisha, Marilyn@Medina
dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat dalam dunia ICT.
Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam computer. Azraai
juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di rumahnya dan
apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang teguh
memegang amanah / janji
Dr Maxi, aqram dan
Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha sehingga
berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan amanah
Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk menyelamatkan
Dinara.
6. Masyarakat yang bijak
Farisha ialah seorang
gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar penerangan ringkas
tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan kelemahan Dinara.
Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak banyak kelemahan
Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk menyelamatkan
Dinara.
Plot
Binaan Plot
- Permulaan
– Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan
selepas menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk
kerana bangun awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan
pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang
pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri
symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang
yang bernilai tinggi di Soft Lab.
- Perkembangan
– Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan
di Soft Lab dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan
juga saintis hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan
digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di
Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek
Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu
penyelidik bernama Medina.
- Konflik
– Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila
mengetahui yang dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam
dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha
di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital
menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat
diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan untuk
menggantikan tempatnya dengan Shida.
- Klimaks
– Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil
alih tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl
marah kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha.
Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan
membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl
masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba
Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl.
Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana
di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika
ini.
- Peleraian
– Di rumah agam Karl di Puchong.
Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan
Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina
menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang lain reda dengan
situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya
dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai mengimbas kembali
peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha sebagai anak
angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang lagi mungkin
berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa
anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada keluarga Azraai
sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya perbualan
antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan antara Khairul
Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul Anwar.
3. Saspens
Unsur saspens muncul
ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak
balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua yang ada di
bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan
kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang. Sesi
diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida
diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak.
Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca
tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl ( Shida )
memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan. Seorang
budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl. Karl
membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan
ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Subscribe to:
Posts (Atom)