Tuesday, March 31, 2020

Monday, March 30, 2020

Sintaksis: Pola Ayat

Salam sejahtera kepada semua murid, semoga pengajaran dan pembelajaran ini dapat membantu murid-murid belajar di rumah.


Thursday, March 26, 2020

Aktiviti PdPA Murid di Rumah



PASANGAN KATA MENGELIRUKAN

berasa    -   merasa

Berasa bermakna mempunyai rasa manakala merasa pula bermakna menikmati rasa.  Berasa mesti digunakan di hadapan kata adjektif, manakala merasa digunakan di hadapan kata  nama.

berasa
merasa
Ahmad berasa kecewa dengan keputusan pertandingan itu.
Ibu ingin merasa kari ayam yang telah dimasak oleh ayah.
Seluruh badan Pak Samad berasa sakit setelah bekerja sehari suntuk.
Bapa saya pernah merasai keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.
Gulai ikan itu berasa sangat masin akibat terlebih garam.
Aminah merasai kesakitan yang teruk akibat kemalangan itu.

.       banyak   -   ramai


banyak
ramai
Kata adjektif yang digunakan untuk menunjukkan bilangan yang lebih daripada satu khasnya untuk manusia, benda dan binatang.
Contoh:
Banyak pelajar yang tidak datang ke sekolah hari ini kerana banjir.

Banyak kanak-kanak suka akan makanan yang manis.
Digunakan untuk menunjukkan suasana dan keadaan meriah, tidak sunyi, bising, dan riuh rendah. Contoh:
Suasana majlis hari jadi itu menjadi riuh-rendah apabila ramai orang yang menjerit-jerit.

Ramai kanak-kanak yang melompat-lompat semasa menyaksikan persembahan penyanyi itu.

Contoh ayat yang salah:
           Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)
           Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (√)

           Jennifer Lopez mempunyai ramai peminat di Malaysia. (X) · Jennifer Lopez mempunyai banyak peminat di Malaysia. (√).

Aktiviti PdPA Murid di Rumah



PASANGAN KATA MENGELIRUKAN
1. kerana  -  sebab
               ·    kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.
kerana
sebab
Zainal tidak pergi ke sekolah kerana dia demam campak.
Pihak tertuduh gagal memberikan sebab dia tidak bersalah.

Nota:
Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai kata hubung dengan meletakkan perkataan oleh di hadapannya menjadi oleh sebab. Perlu diingat bahawa kata hubung kerana yang memang merupakan kata hubung tidak boleh diletakkan perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai kata hubung. Oleh itu, frasa oleh kerana adalah salah.
Contoh kesalahan ayat:
Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X)
Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. (√)


dalam   -   di dalam
dalam
di dalam
Merupakan kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama yang membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Merupakan kata arah hadir di hadapan kata nama yang mmerujuk kepada tempat yang mempunyai ruang atau jarak.
1. Kita semua bersetuju dalam hal ini.
1.   Banyak pelajar masih berada di dalam kelas         itu.
2. Kita harus fasih bertutur dalam bahasa Melayu.
2.   Beberapa orang pemburu telah sesat di dalam         hutan yang tebal itu.
3. Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang lalu.
3.   Buku-buku itu terletak di dalam meja saya.
Contoh ayat yang salah:
Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X)
Aminah masih berada dalam kelas itu. (X)   

4.       antara  -  di antara


antara
di antara
Kata sendi nama yang tidak membawa maksud yang mempunyai ruang dan jarak.
Contoh:
       Tidak ada perbezaan yang besar antara pendapat saya dengan pendapatnya.
       Pelajar itu sedang  berbincang antara mereka.
Kata arah yang digunakan untuk maksud arah yang mempunyai ruang dan jarak.
Contoh:
      Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan negara Singapura.
      Saya dapat menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan di antara Pulau Pinang dengan Kelantan.


Aktiviti PdPA Murid di Rumah


KATA PEMERI

Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
i.                     adalah
ii.                   ialah

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja.
KATA PEMERI
MAKSUD
AYAT CONTOH
ialah
-   menunjukkan persamaan
-   hadir di hadapan frasa nama
1.    Rumah yang cantik itu ialah rumah En.
Mazlan.
2.    Emak ialah seorang guru.
3.    Agama rasmi Negara ialah agama Islam.
Adalah
-   menunjukkan huraian atau keterangan.
-   Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi
1.    Meja yang dibeli itu adalah daripada kayu jati.
2.    Warna kasut abang adalah hitam.
3.    Tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru.
Nota :
1.       Pada umumnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.
SALAH
BETUL
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pengetua maktab.
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai.
Siswazah yang baru lulus itu bukan pengetua maktab.
Arahan itu  bukan untuk semua pegawai.

2.       Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi + frasa adjektif.
        Contoh binaan kata nafi + kata adjektif:-
i.                     Tidak benar 
ii.         Tidak cantik 
iii.         Tidak adil 

Contoh ayat:
Laporan itu adalah tidak benar.
Keputusan itu adalah tidak adil.

3.       Kata pemeri TIDAK BOLEH hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu.
Contoh:-
i.                     Adalah diberitahu sekolah akan ditutup esok.

                Struktur ayat yang betul ialah:
               Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
               Anda diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
               Ibu Bapa diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
               Tuan-tuan diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.
               Dengan hormatnya diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok.

ii.                   Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.              

Struktur ayat yang betul ialah:
                Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Selasa.

iii.                  Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.
Struktur ayat yang betul ialah:-
Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pengurusan syarikat itu.


Aktiviti PdPA Murid di Rumah

https://www.youtube.com/watch?v=vnGs2wH7dp4


TOPIK 1 : KATA GANTI NAMA DIRI

1.                   Maksud :                 
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2.                   Jenis:      Terbahagi kepada 3 jenis:
a.    Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b.   Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c.    Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3.                   Bilangan penutur / pendengar:
a.    Tunggal (seorang)
b.   Jamak (lebih daripada seorang)

4.                   Golongan pengguna:
a.    Masyarakat Moden
b.   Masyarakat Melayu Lama (klasik)
c.    Masyarakat Istana / Bangsawan

5.                   Contoh Kata Ganti Nama Diri
a.    Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya
aku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal)
Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal)
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal)
Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal)
Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

b.   Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya
anda (tunggal dan jamak))
Digunakan  untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
awak (tunggal)
Digunakan  untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal)
Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri kedua)
tuanku (tunggal)
Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (tunggal)
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan jamak)
Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.


c.    Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang       diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya
baginda (tunggal)
Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.
beliau (tunggal)
Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan pemimpin.
Dia dan ia (tunggal)
Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.
mereka (tunggal)
Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.


6.                   Bentuk kesilapan:
SALAH
BETUL
Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Murthi kepada Azrul.
Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan bermula,” kata Muthi kepada Azrul.
Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport dari Jepun.
Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari Jepun.
Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.
Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.
Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.
Saya ingin berjumpa dengan ia.
Saya ingin berjumpa dengannya.
Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.
Mereka  sedang bermain bola di padang.

7.                   Ringkasan:
                       Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak /  Jamak
Diri Pertama (penutur)
aku
saya
patik
hamba
kami kita
Diri Kedua (pendengar)
awak
kamu
engkau
encik cik
saudara
saudari tuan
puan anda 
tuanku tuan hamba
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian encik-encik cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua kalian
Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)
Dia
Ia
Beliau
Baginda
mereka